Pages

Saturday, November 8, 2014

Seminar Teknik Menjawab Kertas Kimia SPM 2014

Sudahkah adik-adik pelajar Form 5 2014 bersedia untuk menjawab kertas kimia SPM nanti? TE Education akan mengadakan seminar 'Teknik Menjawab Kertas Kimia' bertempat di Universiti Malaya pada 22 November ini. Penceramah ialah Cikgu Noorhaida Sukardi, guru pakar Kimia dari SAAS Seksyen 2 Shah Alam. Pelajar-pelajar amat disarankan untuk menghadiri seminar ini sebagai persiapan terakhir sebelum peperiksaan. Yuran pendaftaran ialah RM80. Nota, makanan & minuman ringan disediakan. Pengangkutan disediakan dari Seksyen 7 Shah Alam dengan bayaran tambahan RM10 sahaja, Sila hubungi 016-3338042 atau layari www.tuisyenefektif.com untuk info lanjut.

seminar teknik menjawab kertas kimia SPM 2014

TENTATIF SEMINAR

8.00 AM  Pendaftaran
8.45 AM  Taklimat Seminar
9.00 AM  Teknik Menjawab Kertas Kimia 2
              (Soalan Struktur)
10.00 AM REHAT
10.30 AM Teknik Menjawab Kertas Kimia 2
              (Soalan Essay)
11.30 AM Aktiviti:
         Modul: Practice Makes Perfect
         Modul: Diagnostic Test (Kertas 1)
         Modul: Teknik Menjawab Kertas 3
1.45 PM Sesi soal jawab
2.00 PM Bersurai



cikgu kimia SPM

GURU PENCERAMAH

Cikgu Noorhaida Sukardi
Sekolah: SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengalaman mengajar: 25 Tahun
Penglibatan:
Ketua Pasukan Kimia 2 selama 8 tahun
Ketua Pasukan Kimia 3 selama 1 tahun
Pemeriksa Kertas Kimia 2 selama 16 tahun
Panel negeri Johor : 8 tahun
Panel negeri Kedah : 6 tahun
Pengalaman:
Memberi teknik menjawab kertas Kimia 2 peringkat daerah dan negeri
Membuat modul Kimia peringkat daerah dan negeri
Memberi penataran penandaan Kimia 2 pada guru-guru Kimia
Ketua Peringkat daerah KMY , Kedah bagi Peka Kimia
seminar kimia SPM 2014




seminar kimia SPM 2014

OBJEKTIF SEMINAR

1. Menggunakan aktiviti ujian Diagnostik dalam berkumpulan supaya pelajar dan guru dapat menentukan topik-topik yang memberi masalah kepada pelajar-pelajar.
2. Menjawab soalan kertas 1 dengan cekap dan berkesan supaya pelajar mendapat skor penuh.
3. Menjawab soalan-soalan struktur bagi Kertas 2 dengan cekap dan mudah. Pelajar diajar dan dibimbing cara menjawab soalan mengikut kehendak soalan dan kehendak pemeriksa yang memeriksa kertas pelajar itu. Pelajar dijelaskan cara-cara menjawab dengan betul dan tepat.
4. Menjawab soalan esei dengan lebih yakin. Pelajar ditekankan kepada teknik yang betul dan cara mendapat markah maksimun untuk dua soalan esei yang dijawab. Teknik melukis gambarajah, teknik menjawab soalan terbuka dan tertutup serta teknik menjawab soalan berbentuk eksperimen.


Wednesday, January 29, 2014

BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5!

SEMINAR TEKNIK EFEKTIF UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA

Menulis persamaan untuk reaksi kimia ialah skil yang pelajar Tingkatan 5 perlu mahir untuk menguasai subjek Kimia, seterusnya mendapatkan markah yang baik dalam Kertas Kimia SPM mereka. Pengiraan jisim, isipadu dan juga mol selalunya akan melibatkan persamaan kimia. Oleh itu kelas intensif 3 jam ini merupakan ulangkaji yang baik untuk para pelajar.

 


Seminar ini mengandungi:

i) Cara yang betul menulis persamaan kimia yang penting
ii) persamaan kimia yang relevan
iii) mengimbangkan persamaan kimia
iv) menggunakan persamaan kimia untuk mengira jisim, isipadu, mol dan bilangan partikel.

Seminar ini akan dikendalikan oleh Cikgu Noorhaida Sukardi, guru Kimia selama 25 tahun yang juga merupakan penceramah teknik menjawab Kertas Kmia SPM. Maklumat:

Tarikh: Khamis, 30hb Januari 2014
Masa: 2 slot untuk dipilih, 9-12 pm atau 4-7 pm
Peserta: 15 pelajar sahaja per slot
Yuran: RM50
Nota & snek disediakan
Lokasi: Pusat Tuisyen Efektif Seksyen U12, Shah Alam

Sila hubungi Cikgu Noorhaida - 0177673112 atau Cikgu Raheel - 0177153143 bagi menempah tempat duduk anda hari ini! Tempat terhad

GOOD NEWS FOR FORM 5 STUDENTS!

EFFECTIVE TECHNIQUE TO CHEMICAL EQUATIONS SEMINAR

Writing chemical equations for chemical reactions is a skill that form 5 students must master so as to do well in their chemistry lessons and of course their SPM chemistry papers.
Later calculations of masses, volumes as well as mole generally will involve the chemical equations. So, this 3 hours intensive seminar is a good revision for the form 5 students. 


 


Seminar comprised of:

i) the correct method of writing important chemical formulas,
ii) relevant chemical equations ,
iii) balancing chemical equations
iv) and finally using the chemical equations to calculate masses, volumes, moles and even the number of particles.

Seminar will be conducted by Cikgu Noorhaida Sukardi.
Details:

Date: Thursday, 30th January 2014
Time: There are 2 slots, 9 am-12 pm & 4-7 pm
Seats: Max 15 students per slot.
Fees: RM50 per student
Notes: Notes & snacks are provided.
Venue: Pusat Tuisyen Efektif Seksyen U12,Shah Alam

Please call Cikgu Noorhaida - 0177673112 or Cikgu Raheel - 0177153143 to book your seats today! Seats are limited

Tuesday, January 7, 2014

PTE Menerima Pengerusi & Penasihat Baru!

Sukacita dimaklumkan yang Pusat Tuisyen Efektif (PTE) dengan rasminya menerima seorang anggota baru iaitu Yang Berbahagia Puan Noorhaida Sukardi yang akan berperanan sebagai Pengerusi dan Penasihat untuk pusat tuisyen ini.


Cikgu Noorhaida Sukardi, berkelulusan dari Leicester University, United Kingdom dalam bidang Chemistry dan Diploma dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun di sekolah menengah untuk subjek Kimia, Fizik & Sains. Beliau merupakan pembina soalan percubaan SPM untuk negeri Johor (2000-2007) dan Kedah (2008-2013). Beliau juga pernah menjadi jurulatih ETeMS (English for Teaching Mathematics and Science) dan KOASMS (Kurikulum Matematik & Sains). Beliau telah dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab Kertas Kimia 2 SPM di sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah- sekolah menengah di seluruh negara. Sila lihat sijil-sijil diterima beliau dari pihak sekolah dan kementerian pelajaran Malaysia:



 

Dengan kehadiran beliau, pastinya Pusat Tuisyen Efektif akan semakin maju dan berkembang hasil panduan dan nasihat dari seorang cikgu pakar yang mempunyai pengalaman mengajar berpuluh tahun. Selamat Datang  ke PTE Cikgu Noorhaida!

Monday, January 6, 2014

Jadual 2014*


jadual pusat tuisyen shah alam
Sila klik imej untuk besarkan

*Jadual ini tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Friday, December 6, 2013

Pusat Tuisyen Efektif Secara Rasminya Telah Mula Beroperasi!

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya, Pusat Tuisyen Efektif cawangan pertama di Seksyen U12 Shah Alam telah mula beroperasi pada hari Isnin 2/12/2013 yang lepas! Terima kasih dan tahniah kepada semua Team TE yang telah bertungkus-lumus menyiapkan segala keperluan dari segi infra dan juga team pengajar. Kami di TE dengan rasa rendah diri memohon anda semua dapat mendoakan keberkatan dan perlancaran perjalanan pusat tuisyen ini dan agar ianya bertahan lama untuk memberikan sedikit sumbangan dari segi pendidikan kepada anak bangsa. Terima kasih semua!


Untuk ibubapa & pelajar yang ingin datang melawat, anda dijemput ke pusat tuisyen ini pada hari biasa antara pukul 5 petang sehingga 10 malam. Untuk hari minggu sepanjang bulan Disember ini kami masih tidak beroperasi, tetapi boleh sahaja datang dengan menghubungi 018-377 5013 terlebih dahulu untuk kami pastikan staf kami berada di sana untuk menyambut Tuan/Puan. Terima kasih.

Wednesday, November 27, 2013

Mari Melawat & Mendaftar di Pusat Tuisyen Efektif!



Tuan/Puan dijemput ke pusat tuisyen kami untuk melihat sendiri kelas dan berjumpa dengan. Kami telah mengatur beberapa slot masa dan tarikh yang sesuai untuk Tuan/Puan datang melawat dan juga jika ingin terus berdaftar dengan Tuisyen Efektif. Sila lihat jadual dibawah:

Rabu,27 November: 10-2 pm
Khamis, 28 November: 10-2 pm
Jumaat, 29 November: 10-12 pm
Sabtu, 30 November: 12pm- 2pm
Ahad, 30 November: 12pm- 2pm

Mohon hubungi 018-377 5013 sebelum Tuan/Puan datang untuk memastikan kami berada di sana untuk menyambut Tuan/Puan. Terima kasih.